MAC 2025

ADUN Satok Angkat Sumpah Jawatan Timbalan Menteri


KUCHING, 17 Mac 2025 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki pada Isnin telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) yang menjaga Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) di hadapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Majlis telah berlangsung pada jam 10:00 pagi di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak. 

Beliau memulakan kerjaya sebagai pengamal undang-undang profesional dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) dari United Kingdom dan merupakan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn.

Dato Ibrahim memulakan kerjaya undang-undangnya di Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada tahun 1984 sebelum bersama-sama menubuhkan firma guaman Messrs Idris Buang, Ibrahim Baki & Co.

Hadir sama adalah oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi, YABhg. Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang; YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Datin Amar Doreen Mayang; YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Dato Enn Ong Siok Ean; serta YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, bersama isteri, Dato’ Hajah Fatimah binti Haji Mohd. Iskandar. Turut hadir ialah barisan menteri dan timbalan menteri Kabinet Sarawak, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.